Saturday, 9 August 2014

Just Get Married!


Sory Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Sy pinjam gambar awak. Both of you are too sweet to be ignored. Hehe




Comel kan gambar kat atas tu. Seronoknya kahwin. Tapi, bukan senang nak dirikan masjid kan? Pandangan aku tentang perkahwinan is ia sangat indah. Tapi bila lihat pada isi rumahtangga tersebut, aku tak rasa ia indah lansung. Mungkin perkahwinan itu indah apabila pasangan lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain. Tak kesah laa dari senang fizikal mahupun mental. Atau senang cerita zahir batin laa. Haa. Banyak sangat contoh depan mata sampai aku sendiri takut nak lalui. Haha. Macam awal sangat je fikir pasal ni. Aku baru 20 tahun. Tapi orang dulu dulu tu umur belasan lagi dah kahwin kan? So tak kesah laa. Hari ini aku nak cerita tentang lelaki idaman aku. Lelaki yang aku ingin jadikan pilihan sebagai suami aku.


1. Lelaki. 
2. Beragama
3. Baik paras rupa.
4. Romantik.
5. Pandai berenang.
6. Sador
7. Bertanggungjawab
8. Penyayang
9. Protective
10. Berpendirian.

 Pandangan aku tentang lelaki idaman atau ciri ciri lelaki idaman aku. Pertama sekali. Mestilah seorang lelaki. Hahah. Lelaki laa kan sebab aku bukan biseksual ataupun lesbian. Hihi. Yang kedua, mestilah beriman atau dalam erti kata lain dapat bawa ake ke jalan yang benar. Betulkan aku yang tak berapa nak tegak ni. Hehe. 


Ketiga mestilah seorang yang baik paras rupa. Taknak laah yang hensem hemsem sangat. Takut susah nak jaga. Cukuplah kalau dia seorang yang manis. Comel pon takpe. Ecece. Asalkan sedap mata memandang diriku yang serba tak sempurna ni. Kalau dapat yang macam Sharnaaz Ahmad pun best jugak. Kihkih. Lecturer aku pernah pesan yang carilah hubby yang tak hensem. It much better. Better bila kau tak payah nak fikir siapa yang akan rampas dia dan sebagainya. And he gonna be all yours. 


Haa. Apa lagi. Aku nak lelaki yang romantik. Romantik bila dengan aku je. Takpayah nak tunjuk kat orang ramai yang dia romantik. Hehe. Takpayah nak surprise birthday party ke bagi jewels yang bebanyak. Cukuplah kalau dia ada disisi aku dalam susah dan senang. Tapi kalau dapat tu mungkin rezeki aku kan. Siapa tahu. Hihi. 

Next. Dia mesti pandai berenang. And kenapa tu ada dalam pilihan aku sebab aku tak pandai berenang. Hehe. So. In case kami pergi bercuti. Something happened unwillingly macam aku lemas dan sebagainya. Aku ada dia untuk selamatkan aku. Baik punya rancangan kan. 


Dia juga mestilah sador. Yang jaga badan. Takyah nak ketul ketul sangat. Six packs ke apa. Baru best kalau nak peluk(yang dah kahwin je okay). Yang paling penting. Cukup bila dia ada untuk selamat kan aku and aku selamat berada di sisi dia. 


Bertanggungjawab. Tak ramai ang ada sikap ni. Sebab tu laa kadang kadang marriage doesnt work. Wujud ke diorang? Aku percaya yang setiap lelaki dikurniakan sikap tanggungjawab but mungkin sikap tu belum datang naturally kan. Siapa tahu. So bertanggungjawab ialah ciri ciri lelaki yang wajib diambil menjadi suami. 


Penyayang. Nak jadi penyayang bukan senang. Tengok kes kes sekarang pun takut. Kalau ibu bapa pun sanggup ditendang. Dipijak. Dibunuh. Apatah lagi binatang secomel kucing. Aku harapkan si dia yang akan menyayangi aku, anak anak aku dan kedua ibu bapa aku seolah olah mereka adalah sebahagian daripada dirinya. 

Aku juga nak seseorang lelaki yang protective. Punya sikap melindungi tak kesah laa dari segi apa. Not that overprotective. Yang tu menakutkan. Hehe. Last but not list is berpendirian. Haa tu yang paling penting. Gila tak penting. Silap silap kalau dia tak berpendirian mahunya lepas kahwin kena tinggal. Astagfirullah.


Setakat ni itu sajalah yang aku ingin kongsi tentang diri aku dan keinginan aku. Thanks to those yang baca. Ini hanyalah nukilan peribadi. So. Jangan cari alasan jika ciri ciri lelaki idaman anda tlah dijumpai. Kahwin adalah jalan penyelesaian. Kalau tak melepas. Hihi.



THE END








No comments:

Post a Comment