Friday, 15 August 2014

Bestfriend // Sahabat

Aku ada ramai kawan. Tapi nak kelaskan kepada kawan atau sahabat itu amat sukar bagi aku. Sukar sebab aku takut untuk memilih. Ya amat sukar. Salahkan aku memilih sahabat? Tidak. Kerana sahabat itu merupakan cermin diri aku. Diri aku yang serba kekurangan. 

Sahabat.
Kehadiranmu dalam hidupku membuatkan hari hari ku lebih ceria daripada biasa. Kehadiran kau disisi aku sangat bermakna. Macam angin lalu sahaja persahabatan kita yang hampir 9 tahun ini kan?. Persahabatan yang tidak mengenal erti. Persahabatan yang tidak pernah ada tolak bandingnya. Persahabatan yang bukan berlandaskan wang ringgit. Tetapi hanya persahabatan yang berlandaskan kasih sayang sesama insan.


Aku bersahabat bukan kerna rupa. Bukan kerna kecantikkan kau. Tetapi kerana apa yang ada pada diri kau. Diri kau yang tak pernah memandang rendah pada orang orang lain terutama pada aku. Pada kekurangan aku. Pada kegemukan aku. Pada keceluparan aku yang tidak terkira banyaknya. Antara aku dan kau terlalu banyak jurang. Tetapi kita tetap memilih untuk bersahabat. 

Aku menulis bukan kerana meminta perhatian. Tetapi kerana aku sayang. Sayang untuk berpisah denganmu. Aku takut hubungan persahabatan kita akan pudar. Nope mungkin tidak pudar, tapi tidak lagi mesra seperti dulu. Tapi aku percaya dengan izin Allah, kita tetap akan sama seperti dulu. Nakal dan lincah walaupun ditelan zaman. 

Sahabat selamanya.
Aku suka bersahabat denganmu. Dirimu yang terbuka. Menegur tanpa pernah ada niat yang salah. Pada dirimu yang tidak pernah memandang rendah padaku. Pada dirimu yang tidak pernah  memburukkan ku. Dirimu yang yang tidak pernah berhenti berada di sisi saat aku perlukanmu.


Kepada Nurul Aliah Safwah bt Md Fadzil, aku doakan agar kau sentiasa bahagia dan ceria di sana. Belajarlah tanpa erti kekesalan. Kejarlah cita cita mu. Kejarlah impian mu. Kerana mungkin suatu hari nanti bukan minatmu mungkin menjadi kerjayamu. Aku sayang kau sahabatku. Selamanya.






What a women need is her own best friend. That you Aliah.



There is nothing I can describe how I love you my dear friend. Live long and married a handsome man and give me cute and awesome twins. Love yaaa!! 

  


THE END

No comments:

Post a Comment