Thursday 10 March 2016

Puding Karamel!

Kebosanan melanda masa aku cuti mid sem membuatkan aku tak tentu arah. Hahaha ayat dia. Mcm nk karang cerpen. Hihi

Sebenarnya resepi ni aku dpt dr fesbuk. Scroll scroll dpt laa keluar sepiring puding karamel. Sangat mudah dan bahan bahan die mmg ada kat rumah. Tak perlu ke kedai. Okay here we goo!

Puding:
2 keping Roti putih(Roti Gardenia)
3 sudu susu pekat
1 tin susu cair
3 biji Telur gred B
1/2 cawan gula(kurangkan klu tk suka manis)

Karamel:
4-6 sudu gula 
  

Cara cara:
Cairkan gula pasir atas api sederhana siap siap dlm loyang. Jgn sampai hangus.

Letak kat tempat rata supaya gula seimbang. Nanti takde laa toping puding korang tebal tak sekata. Okay ketepikan loyang tu biarkan gula menyejuk dan keras.

Utk bahan bahan puding:
Blend semua bahan td sekali sampai halus. Tapis bahan bahan tersebut utk bagi tekstur puding halus. 



Dah siap! Tuang puding atas loyang td. Then kukus hingga 20-30 minit. 


Biar puding dikukus sampai dpt kaler mcm ni


Okay tu belum masak sepenuhnya. Biar lg 10 mnt dlm periuk kukus. Kukus puding sampai puding masak. Warna puding akan berubah dan bila korg gegar loyang, puding akan gerak sekali and itu maksudnyaa puding dah masak masa tu. Hihi. 


Tips aku: Utk loose kan adunan puding korg. Korg guna teknik double boiler. Bkn sbb ape. Puding ni kan lembut. Jd nak keluarkan dr loyang agak susah sikit. Jadi karamel tu akan mencair sedikit. So senang laa puding nk tanggal dr loyang. Hihi

Okay ni hasilnyaaa! 
Cubaan pertama aku berjaya!
Btw tkboleh nk snap full puding dlm piring  sbb aku dah pecah kan puding aku. Uwaaaaaa


So ni jelaa yg cantik. Hihi. 



Sangat mudah. Selamat Mencuba guys!

Resepi Mudah Popcorn!

Hai guys assalamualaikum!

Mesti ramai yg suka makan popcorn kan. Termasuk aku. Lagi lagi masa tengok movie. Mesti kene ade benda nk ngonyeh. Hihi. Mcm tk caye benda mahal yg kau bayar dkt wayang tu kos die rendah je. Hanya sepaket jagung rm2.20 dengan minyak tk sampai setengah cawan. Sangat berbaloi klu korg buat. Okayyyy here we gooooo! 

Popcorn:
Minyak 2 sudu
Margerin 2 sudu
Jagung sepaket

Flavor:

Karamel : Gula 5-6 sudu dgn mnyak 1 sudu

Sirap: Gula 5-6 sudu dgn mnyak 1 sudu

Coklat: Aku guna Hersyey dgn 2 sudu 
susu pekat tambah dgn minyak 1 sudu.


Cara masak popcorn:
Setiap kali nk masak popcorn. Masukan mnyak dan margerin. Panaskan dlu mnyak. Lepastu masukkan jagung. Pastikan mnyak menengelamkan jagung. Klu tk lambat laa pop pop corn terbentuk. Hihi


Sila guna kuali yg bertutup k guys. Sbb popcorn ni punya lompat agak tinggi. Hihi


Haa yg ni cubaan pertama. Aku guna segengam jagung. Nak tengok jadi ke tak. Hahaha. Yg paling gembira ialah bunyi pop pop jgung tendang tudung periuk. Hahah itu menunjukan popcorn aku menjadi. Okay guys popcorn td tu boleh laa ketepikan dlu semetara kita buat toping die.


Okay setel bab popcorn.

1. Perisa Gula Karemel
Cairkan gula pasir dgn minyak. Sampai jd mcm ni. Cairkan jgn sampai hangus. Nati pahit popcorn chuols. Hihi 


Then tuang semua karamel tu dlm popcorn td. Gaul cepat cepat sbb panas karemel ni boleh buat lecur jari!

Nilaa hasilnyaa

Utk popcorn yg pelbagai flavor. Ulang balik proses masak popcorn ye. 

2. Perisa Sirap
Masukan sirap, Gula dan Margerin. Gaul sampai pekat. 

 Haaa ni popcorn sirap aku. Kaler die tak cantik sbb sirap habes. Hihi

3. Perisa Coklat
Coklat Hersyey, susu pekat dgn margerin. Gaul sampai pekat. Jgn sampai hangus nati pahit. 

Nilaa coklat flavor.


Okay popcorn ni tk nampak cantik jugak. Tp the most sedap aku pernah rasa. Hihi.  Dan flavor ni paling cepat habes. Menjilat jari okay! 

Hmmm selesai jugak popcorn aku. Hope korg boleh cuba kat rumah. Sgt mudah. And aku pon buat cubaan pertama td. Ternyata seluruh isi rumah gembira. Hahhaha. See you soon :*

terima kasih cinta :)

Friday 12 February 2016

Janda Baik Pahang Memang Terbaik!

Hai hai assalamualaikum. Entry saya kali ni pasal my short vacay with lovelisss family. Hihi

Memula dpt tau dr mak ayah yg ade family day dekat pahang aku mcm err malas laa bercuti kat Pahang. Ade ape aje kat sane. Itu yang aku fikirkan. Hahah dlm nak taknak tu aku goggle sikit sikit. Cari ape yg menarik sgt kat sana sampai mak ayah eksited sangat. Bila carik carik gali dalam dalam aku nampak banyak yg menarik. NATURE! 

Percutian kali ni aku sgt tereksited sbb aku terpengaruh dgn entry bloger bloger lain. Lawa tempat die. Seriusly. Kredit dkt SetiaKasih Homestay sbb bg family kami service terbaik. Dr penginapan sampai laa ke dapur makan makan. Okay biar aku cerita satu satu. 

Perjalanan dr Segamat ke Pahang mengambil masa dalam 3 jam sahaja. Tp biasalaa klu jalan family besar besar ni berhenti ke toilet yg banyak. Hahahah. Gerak pkul 10 pagi and we arrive dlm pkul 2 pm. Jalan ke sane fuyoooo belit belit siap ade kona L kau. Betul betul mencabar sbb kene drive manual utk naik bukit okayyyy! Okay next, Untuk menjimatkan bajet mak packing lunch. Lauk ayam kicap dgn rendang minang plus sambal totok made in segamat mmg terbaik. Menangis iols makan. Mak mmg terbaik! Hihi



Ni tempat masak dan tempat makan. 
Besar and comfortable

Ni act rumah tuan rumah. Homestay kami kat belakang sikit😁
Gambar tk sempat ambil. 

Okay lepas makan kami exchange baju and solat ape semua. Tuan rumah tunjukkan ape keistimewaan tempat ini. Ade kolam simen  hand made acah acah swimming pool. Ade kolam teratai utk memancing. Ade basikal tuk pusing satu kampung. Ade tempat masak yg paling penting. Sgt cantik sgt menarik. Lepas lepak lepak dlm 1 jam kami tukar baju tuk mandi kolam. Seriusly air sejuk mcm air kolah sbb air die direct dr sungai. Sejuk beku. 

This is kolam handmade! Sejuk oi

Ini kolam  tuk mancing. Sightview pon cantikk. Udara yg sejuk. Nyaman. Mcm kat cameron kot. 

Okay ni aku alaa alaa feminin gitu💕

Bgi makan malam . Kami minimize kan kos dgn masak. Masak simple simple je. Telur dadar rendang minah td kobis goreng pastu buat kueh donat. Okay kenyang! Malam lepak lepak sampai 2 3 pagi beborak dgn sepupu sepapat mak sedar pak sedar sbb lama tak jumpa. Rindu! Hari ni kami tk de aktiviti sbb lebih pada santai malam shj.

Next day! Sarapan pagi and terus mek basikal dgn tak mandinyaa hahahah pergi round satu kg dgn adik adik sepupu. Lepas lunch kami ke Atv punya port. Terbaik jugak sbb aku mane pernah main mende alah tu. 5 round dlm trek yg disediakan dgn harga rm35 bg dewasa. Bg kanak2 rm25 utk 4 round. Mane yg tk pernah try boleh pergi sbb ade teori and praktikal dr peniaga. Hihi. Sgt berbaloi utk mencuba. Pakai baju kaler gelap ye bg girls sbb korg akan mandi lumpur! Hahaha. Next dlm kotor kotor tu teruskan perjalannan ke sungai. Bersihkan ape yg kotor. Masa ni paling best. Rasa close sgt dgn family semua sbb kami dok buat "empangan" sbb nak bagi air makin dlm. Gigih tu masing masing angkat batu bata alihkan ke tengah sungai. Muafakat sgt. Hahahahah sumpah seronok! Balik dr tu. Sambung mandi dekat kolam SetiaKasih. Seronok die takleh kata. Mgkn sbb momen tu yg buat aku seronok. Tekanan dr tempat belajar tempat kerja buat aku rasa yg percutian kali ni adalah escape day untuk aku. Mak ayah anim rindu! Aku mmg manfaatkan betul betul cuti aku kali ni. 



Atv and aku and trek. Lumpur habes cek oiiiii. 

Haaa kat area empangan kami tu ade titian tp atv boleh lalu. Hihi. 


Nilah empangan yg aku cerita. Dgn usaha gigih maka tercipta laa sebuah empangan hand made. Mane tau korg dtg ade lgi. Hihi

Yg tgah kesejukan tu aku laa. Yg sepupu sepupu lain nak swim katenya. ☺️

This is My King and My Quenn!
My only one dunia akhirat. 

Okay lepas mandi kami makan malam. Malam tu lepak lepak sekejap je sbb semua badan lepak abeh! Esuk pagi sarapan selfie dkt kolam then bergerak balik ke Melaka. Aku tamatkan percutian aku dgn minum CoConut Shake Klebang Original and keropok lekor mayo cheese serta putu bambu. Okay kenyang dan aku abadikan memori indah aku dlm ingatan tuk selamannya! 
Haaa tudia coconut shake dgn keropok mayo cheese dgn putu bambu. Laparr

Breathe. Let go. And remind yourself that this very moment is the only one you know you have for sure.


Ni sebahagian dr my big big family. Sayang selalu. 💕

#SetiaKasih
#JandaBaikPahang
#ShortVacation💕

THE END

Friday 2 October 2015

My delicious baby kek cokelat kukus yummy.

Hai assalamualaikum. Entry hari ni adalah pasal kek cokelat. Kek kukus. I really really love chocolate cake. Coklat kek mmg faveret aku, sbb tu aku dlm golongan mereka yg chuby. Hahhaha. So here is my experience in the making off cake chocolate. Really simple. Tak laa sama mcm secret resipe but who care. Resepi aku. Haha Senang so aku nk share resipi. First bahan bahannya bagi kek kukus ialah 
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat



Bahan B
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
Dah dilarutkan


4-6 biji telur(Pukul sehingga kembang)
Aku guna lebih telur utk naikkan lg kek



1 sudu esen vanilla
Periuk kukus
Loyang


Cara caranya.

Panaskan kukus siap siap and lumur margerin pd loyang

Bahan B dicairkan dalam api sederhana sehingga larut. Pastikan api tidak terlalu kuat utk elak bahan B hangus okay kawan kawan. Hihi.

Dlm masa yg sama, ayak bahan A and biar dlm satu bekas.

Telur dipukul sehingga kembang. 
When bahan A & B ready, campurkan telur dgn bahan B yg dah larut tu and mix it together. Guna mixer pon boleh. Then masukkan Bahan A yg da siap ayak tu pelan pelan. Jgn lupa add on asen vanilla.


Masukan adunan kek dalam loyang yg disapu margerin. Then masukan dlm periuk Kukus yg dah dipanaskan tu. Kukus selama 1 jam. Make sure air kukus tak kering ye. Hihi. 

Ni adunan yg da siap dicampur semua bahan


Masuk dalam loyang



Kek aku tak nampak gebu sbb guna loyang besar. (Utk elak kek jd bantat, jgn kerap bukak periuk kukus) 


Here my coklat kek. Tak sempat nak ambil gambar sebijik sbb adik adik dah rembat. Toping pon tak dan nak buad. Hihi


Aku buat kek cokelat ni tk sempat nk buat toping dah habes. Mgkn terlalu lazat. Hahahha. Here the toping:

Bahan toping

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

Cairkan jgn ade ketul ketul. Biarkan sejuk sebentar. Then letak atas kek yg siap tu. That all. 

Selamat mencuba!😘

Sunday 19 July 2015

My Birthday is on 3rd Syawal 1436H

Happy Birthday to me!
 Today im turning 21 year old.
Tak tua mane pon. Hahahahhaha.

Nah! Belanja satu gambar. 
Thanks to those yg wish. Yg mendoakan. Yang ingt. I really apreciate it. 

Sahabat yg threw up belanja makan tgah 1 pagi. Yg beri hadiah. Yg wish. Yg sayang I. Yg datang 1/2 an hour before bas dtg. Im glad to have you guys in my life. 


Coklat is my baby. 

Utk mak ayah yg surprise kan birthday party awal sehari pon lg laa seronok. Mak ayah syurga Anim. Well i do really need them.☺️

Mak ayah, along abang adik. Thanks alot for being by my side. Susah senang. Derita bahagia. 

Syukur kpd Allah atas nikmat kasih sayang ini.

Terima kasih juga pd abang sayang. ☺️

Utk pengetahuan abang. Ayang tak pernah menipu dlm menyayangi. Klu sayang, ayang ckp sayang.

Okay guys. Genight.☺️😘

Saturday 6 June 2015

😔

Satu saat yang aku rasa aku kesorangan. Ya kesorangan. 

Thursday 6 November 2014