Wednesday 20 August 2014

Me

Assalamualaikum WBT

Hmm. Dari kecil dulu cita cita aku memang nak jadi jururawat. Tak tahu laa kenapa but mungkin sebab they all pakai baju putih. Unifom putih. And of course de nurses will look so cute. Hehe. I love white. But aku sekarang masih pelatih lagi. InsyaAllah 1 1/2 tahun lagi cita cita aku akan tercapai. So masa tu nanti aku boleh cakap. And my dream came true. My real dream. Haha


NURSE NURSE NURSE
Bukan senang tugas aku sebab aku kena deal dengan manusia. Pengarah aku pernah cakap "You're dealing with live".  Betul. Nyawa. Kalau tersilap langkah aku akan gone macam tu je.  Huu. Takut tuu. 😔

Now, aku tengah paktikal di wad A3. Its a Obstetrik and Gyanaecology ward. There is many babies in there. A newborn baby. Kulit yang masih merah. Mata yang masih belum boleh melihat dunia. Suara yang masih belum mengenal apa erti betul atau salah. Yeah. Im dealing with them.

Adorable and cute and pembelah jiwa. I really love them. There is only love you will see in their eyes. Nothing else. Nothing. 


So. I wanna share one of my picture with them. A newborn baby who just born on this morning. Hehe. They are so cute plus plus. 

I wish I had one too. A cute little one. God bless me. Amin.

Monday 18 August 2014

Grrr.

Aku bosan berada dalam kalangan mereka yang saling menunjuk nunjuk seolah olah mereka punya yang terbaik. Bosan berada dalam kelompok mereka yang tak habis habis membangga diri. Berbangga seolah olah mereka punya segalanya. 


Aku bosan.
Aku bosan.
Aku bosan.

Friday 15 August 2014

Bestfriend // Sahabat

Aku ada ramai kawan. Tapi nak kelaskan kepada kawan atau sahabat itu amat sukar bagi aku. Sukar sebab aku takut untuk memilih. Ya amat sukar. Salahkan aku memilih sahabat? Tidak. Kerana sahabat itu merupakan cermin diri aku. Diri aku yang serba kekurangan. 

Sahabat.
Kehadiranmu dalam hidupku membuatkan hari hari ku lebih ceria daripada biasa. Kehadiran kau disisi aku sangat bermakna. Macam angin lalu sahaja persahabatan kita yang hampir 9 tahun ini kan?. Persahabatan yang tidak mengenal erti. Persahabatan yang tidak pernah ada tolak bandingnya. Persahabatan yang bukan berlandaskan wang ringgit. Tetapi hanya persahabatan yang berlandaskan kasih sayang sesama insan.


Aku bersahabat bukan kerna rupa. Bukan kerna kecantikkan kau. Tetapi kerana apa yang ada pada diri kau. Diri kau yang tak pernah memandang rendah pada orang orang lain terutama pada aku. Pada kekurangan aku. Pada kegemukan aku. Pada keceluparan aku yang tidak terkira banyaknya. Antara aku dan kau terlalu banyak jurang. Tetapi kita tetap memilih untuk bersahabat. 

Aku menulis bukan kerana meminta perhatian. Tetapi kerana aku sayang. Sayang untuk berpisah denganmu. Aku takut hubungan persahabatan kita akan pudar. Nope mungkin tidak pudar, tapi tidak lagi mesra seperti dulu. Tapi aku percaya dengan izin Allah, kita tetap akan sama seperti dulu. Nakal dan lincah walaupun ditelan zaman. 

Sahabat selamanya.
Aku suka bersahabat denganmu. Dirimu yang terbuka. Menegur tanpa pernah ada niat yang salah. Pada dirimu yang tidak pernah memandang rendah padaku. Pada dirimu yang tidak pernah  memburukkan ku. Dirimu yang yang tidak pernah berhenti berada di sisi saat aku perlukanmu.


Kepada Nurul Aliah Safwah bt Md Fadzil, aku doakan agar kau sentiasa bahagia dan ceria di sana. Belajarlah tanpa erti kekesalan. Kejarlah cita cita mu. Kejarlah impian mu. Kerana mungkin suatu hari nanti bukan minatmu mungkin menjadi kerjayamu. Aku sayang kau sahabatku. Selamanya.






What a women need is her own best friend. That you Aliah.



There is nothing I can describe how I love you my dear friend. Live long and married a handsome man and give me cute and awesome twins. Love yaaa!! 

  


THE END

Wednesday 13 August 2014

CERPEN- There Is Always First For Everything.

There is one time that you dont want to hear anything. Any words. You just want to be one your own. 

Aku rasa semua orang perlukan masa. Sama jugak macam aku. Masa yang akan menentukan sesuatu. Contohnya macam situasi sekarang ni bila aku dipaksa untuk membuat pilihan. Pilihan yang mengembirakan aku ataupun pilihan yang mengembirakan orang tuaku. Arghhh! Stresss nya. Kot ye pun 
nak suruh pilih tu bagi laa masa lebih sikit. Ni tak. Seminggu je? Ibu abah. Ni pilihan nak kahwin tau. Bukan pilih rumah. Uwaaaa.



Antara Khairul Faris dan Mukrammin Zhafran. Siapa yang aku nak kena pilih ni? Lelaki kacak dan bergaya pujaan hati ataupun lelaki kacukan arab yang berlagak tahap tak ingat. The most snobbish person that I ever met. Arghh. Faris or Zhafran? Businessman or engineer?


****
Few days later. 
"Anis Damia. I dont care, you MUST get married with Zhafran, not that who... I cant remember his name". Dengan wajah kemerahan ibu melampiaskan kemarahan. 
"Faris, ibu." Keluhku hampa.




"Ini semua pasal akhbar tu laa. Tak pasal pasal aku tak boleh kahwin dengan Faris. Ibu memang takkan terima dia lagi punya. Tapi. Haih. Takkan laa dia ada perempuan lain. Pegang pegang tangan and peluk then check in hotel. Dia kan sayang aku. Takkan dia sanggup tipu aku lagi. Press ni memang nak seek atenttion betul. Takkan laa CEO Ampire Holding nak buat hal." Gumamku geram. Segera nombor Faris aku dail.

"You! Apa dah jadi ni? Kes apa pulak yang you dah buat? You tahu tak my mum dah tak percaya kat you? How about our marriage? It gonna be over!". Tangisku mula kedengaran. 
"Sayang. Wait! I tak buat apa apa pun. We just had our business lunch at the hotel sayang." Terangnya.
"And what with the hugging and kisses? Haa? I hate you and Im not going to trust you anymore. Our marriage is over!". Aku pantas mematikan talian. Aku menangis teresak esak. Punya laa aku percaya pada kau. Bercinta bertahun tahun, tapi ini yang kau buat kat aku. Aku bencikan kau Khairul Faris!


****
"Awak. Jom sarapan." Suaraku lembut. 
Dia hanya menjelingku dan segera menuju ke pintu. "Awak kejap!" Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Kaki yang tersarung stoking itu berhenti di muka pintu. Dia menyambut huluranku dan tangannya segera ku cium mesra. Dengan lagak tergesa gesa dia melepaskan tanganku dan mula  mencapai kasut lalu memakainya. Pintu rumah dihempas kuat. Aku terkedu. 

"Aikk. Childish! Macam la aku yang nak sangat kahwin dengan dia." Keluhku.
Aku telah berkahwin hampir seminggu. Perangai Mukrammin Zhafran tidak pernah berubah sejak dari pertama kali aku berjumpanya sehinggalah kami berkahwin. Hanya didepan kedua ibu bapa kami si dia berkelakuan mesra. Mesra la sangat! Hipokrit! Ahh benci. Aku fikir fikir pun bukan dapat apa. Baik aku pergi kerja. Sarapan mee hoon yang tidak berusik aku masukkan ke dalam fridge. Esuk boleh panaskan. Hehe

****
Aku menjeling ke luar rumah. Mane dia ni? 
Lambatnya dia balik hari ni? Dah pukul 6.30 pulak tu. Selalunya 5.30 petang dah sampai. Perasaan risau mula bertamu. Tidak lama kemudian bunyi enjin dari kereta Honda Civic mula kedengaran. 
"Haa, sampai pun. Alhamdullilah." Luahku lega. 

Aku segera menuju ke ruangan hadapan. Aku menyambut suamiku mesra. "Awak. Lambatnya balik harini? Jalan jem ke? Banyak kerja ya?" Sambil tangan mula mencapai tangannya. Rutin harian sejak aku bergelar isteri. Aku sudah nekad untuk melupakan Faris. Zhafran adalah suamiku. Lantaklah dia nak fikir apa. Janji aku dah jalankan tanggungjawab aku. Aku akan buat dia  jatuh cinta dengan aku. Tekadku. Hehe
"Berapa lama you nak salam ni?" Soalnya kerek. Muka nya yang beriak masam ku tenung penuh minat. Ya Allah, handsome nya hubby aku. Dah laa muka kemerahan. Bibir pink. OMG! Melting nya. Hehe. Matanya tiba tiba membulat dan tangan ku dilepaskan dengan kasar. 
"Tah apa apa perempuan nie. Tengok muka aku macam nak telan. Hensem sangat agaknyya." Dia menuju ke dalam rumah sambil bersiul perlahan dengan ekoran mata memandang ku sinis.

Arghhh! Kenapa lah aku boleh tenung muka dia tadi. Tak pasal pasal dia dah perasan. Aku perlahan memegang dada melegakan degupan yang berentak tidak keruan. Baru tengok muka dah berdegup semacam. Ni kalau bercinta tak tahulah. "Eii selisih. Tak nak aku."


Aku mengetuk pintu bilik Zhafran perlahan. Ketukan aku kuatkan apabila tiada balasan daripada Zhafran. "Saja lah tu taknak bukak." Gumamku.  Tombol pintu aku pulas akibat tidak tahan menunggu. "Dah agak dah." Aku yang hanya melihat kepala Zhafran bila pintu terbuka mula mahu membebel. "Awak...." Mataku tiba tiba membesar. Rupa rupanya dia baru keluar daripada bilik mandi. Mataku mula meneroka ciptaan Tuhan di hadapan mata. Rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala kecil. Kepalanya dipusingkan kiri dan kanan untuk mengeringkan rambut. Air daripada rambutnya menitis perlahan ke bahu. Mata sempat singgah melihat badanya yang berotot. Aww. Seksinya. Tubuhnya yang hanya berbalut tuala memandang aku dengan hairan. "You nak apa?. 
"Saa...saya nak ajak awak diner." Ahh malunya. Lagi sekali. Kenapa la ralit sangat tenung dia. Dengan Faris dulu tak macam ni pun. Perlahan aku ketuk kepala seolah menyesal. "Aduh."


"Ehh you kenapa. Gila?"
"Apa? Gila? Awak la gila. Saya nak ajak awak makan pun kata saya gila."Marahku. Wajahku mula berubah kelat. Menyesal kerana memujinya dalam diam. 
"Yelah. Masuk bilik I then tenung I bagai nak telan and sudenly you ketuk kepala. Tak ke gila." Ketawa sinis Zhafran kedengaran. Hatiku mula membengkak geram. "Tahu la I hensem. Tapi jangan tunjuk sangat. Jatuh saham U nanti." Sambung nya perlahan dengan ketawa sinis. Perlahan dia menuju ke almari untuk mengambil pakaian. Aku menapak keluar. "Jangan lupa turun, saya dah masak." Pintu bilik ku hempas kuat tanda geram. Ketawa besar dari Zhafran kedengaran. "Eiii geramnya." Aku menghentak kaki lalu turun ke dapur. Orang baru nak mesra mesra. Dia kata kita gila pulak. 




****
Hari demi hari berlalu. Aku mula merasakan yang diriku tidak diperlukan. Aku mula putus asa. Aku terdengar perbualan mesra Zhafran dengan kekasihnya.  Bodoh nya aku. Kau ingat dia akan jatuh cinta dengan kau ke? Tak mungkin laa. Gilfriend dia mesti lagi cantik. Sebab tu dia tak layan kau. 

 
"You. Mana sarapan?" Soalnya.
"You mana pernah sarapan kat rumah. So I ingat you taknak breakfast. Sory. I tak buat." Jawabku dengan lagak bosan.
"Tak buat? Macam ni you kate you dah jalankan tanggungjawab you? Belum I minta yang lain lagi. Huh!." Jawabnya sambil berlalu pergi. 
Baru sehari aku tak buat sarapan dia dah mengungkit. Yang selama ni aku buat tak pernah nak jamah pulak. Arggh. Balik balik guna kuasa veto dia. Tulah kelebihan suami agaknya. Aku pantas bersiap untuk ketempat kerja. 


Lewat tengahari aku mendapat panggilan daripada Khairul Faris. Dia ingin menjelaskan segalanya dan meminta maaf kepadaku. Aku terima pelawaannya dengan hati yang walang. 
"You nak apa ni Faris?" 
"Im sorry for what I have done to you. Everything." Pintanya. "I tak sangka everything that we planned turn out to be a disaster."
"Disaster you kate? You penyebabnya. You tak sedar ke?" Marahku. Pantangku apabila kesalahan sendiri dijadikan sebagai alasan. Faris mula mencapai tanganku yang berada di atas meja. Dan pada masa yang sama mataku terpandang akan wajah bengis seseorang yang berada bertentangan dengan ku. Aku terkedu. Dia?


****
Aku pulang ke rumah seperti biasa. Yang pelik nya apabila aku lihat kereta Zhafran terletak elok di garaj. Awalnya dia balik. Kalau tak kemain lambat balik. Gumamku. Aku masuk ke rumah dan aku lihat televisyen terpasang. Zhafran kelihatan fokus dihadapan tv. Aku berlalu ke bilik. Tiba tiba suara dari tv terpadam. "Seronok keluar dating?"
"Dating?" Soalku pelik. Ohh Faris. 
"Yup. No wonder dah tak nak buat kerja rumah lagi. Dah ada boyfriend kat luar rupanya. I thought you perempuan baik. Setia. But you. Pegang pegang tangan. Nonsense!"
"Apa hak you nak marah marah I? Tak boleh ke you tanye dulu and jangan nak menghukum orang sesuka hati. Ada ke I sentuh dia? I dont even touch him." Pertahanku. Air mata mula bertakung. 
"You cakap I macam macam. But then You tak ingat apa yang you buat belakang I. At least I takde hukum you tanpa bertanya." Luahku puas.

"Me? What about me? Apa yang I buad belakang you. Tell me?" Keningnya bertaut menunjukkan yang dia tidak memahami patah perkataanku.
"Tak tahu ke atau buat buat tak tahu? Let me tell you. I senyap je bila you oncall sayangsayang dengan perempuan mane entah and hari tu I nampak you dengan perempuan rambut perang dekat The Bean. Itu bukan you ke?" Aku tatap mata berwarna hazel dalam. Air mata mula menitis menunjukkan yang aku sudah lama bersabar. Penat bersabar untuk menunggu sesuatu yang tak pasti. 

"Mia, I.." Dia terkedu. 
"Dah laa. Saya penat. I dont want to know. Saya naik dulu."

Aku terkedu. Jantungku berdegup kencang. Erat sekali pelukannya. "Sayang. I am sorry. I sorry for hidding it from you. She was my best friend. And now dia dah balik overseas. We use to call each other like that. Im sorry that I hurt you." Aku merasakan yang pelukannya semakin kemas. Bahuku terasa panas menerima ciuman dari nya. "Im sorry sayang. So sorry."

Perlahan pelukannya aku rungkai. "Err.... Saya naik dulu." Luahku seakan terkelu. Aku naik ke bilik sambil mengurut dada. Pelik semacam je dia ni. Tak pernah pernah sayang aku. Alih alih sayang. Alhamdullilah ya Allah. Kau telah perkenankan doaku. 




Selang beberapa hari, aku semakin yakin dengan keputusan ku sementelah Zhafran semakin kerap mengucapkan kata cinta. Untuk mengeratkan lagi hubungan kami, aku dan Zhafran telah bergabung bilik.  Kami berkongsi segalanya. Bilik, Katil dan bilik mandi. But not that one. Hehe. Aku masih belum bersedia. Panggilan kepada nya telah aku tukar kepada panggilan yang selayaknya. 


Potret wajah di tengah bilik kami aku tatap dalam senyuman. Kami yang berbaju biru terqoise semasa bersanding nampak sangat bahagia. Macam pinang dibelah dua. Ketawa ku perlahan. Mana dia ni? Lambatnye. Teringin pulak nak try baju tidur nie. Mesti comel kalau aku pakai. Hehe. Aku pantas ke bilik mandi. Aku sarungkan baju tidur. 
"Aww. Seksinya. Kalau dia tengok mesti tergoda." Ketawaku perlahan. Aku memakai bathrobe diluar lantas aku keluar bilik mandi segera. "Dia lambat balik rasanya. Baring kejap la." Aku berbaring sambil membaca majalah Wanita. 



"Sayang. Bangun." Aku terpisat pisat menggosok mata. "Abang. Eh kenapa abang ada kat sini." 
"Sayang ni comel laa. Sayang tertidur . Penat ya?" Soalnya perihatin. Pipiku diusap perlahan. Satu ciuman diberikan. Aku hanya tersenyum bahagia. 


Dia mula mengambil tempat di sebelah ku. "Abang. Mia nak tanya." 
"Hmm." Balasnya 
"Kenapa abang boo layan Mia sebelum ini. Iye iye laa Mia masak macam macam. Siap ngurat abang. Abang langsung tak layan. Geram taw." Lantas perut lembutnya kucubit geram. 
"Haha. Mia sayang. Abang buat macam tu sebab abang takut jatuh cinta. Abang takut sayang tak layan cinta abang. Sebab tu abang abaikan Mia. And, Abang pernah rasa sakitnya ditinggalkan. Abang harap Mia faham." Balasnya sambil mukanya menunduk ke bawah. "Jadi abang memang sayang Mia laa?" Soalku dengan mata yang bersinar bahagia.
"Ya sayang. So much. Nothing can describe how I love you so much. Deep down in my heart. Abang dah lupakan kisah lama abang. And I hope you do the same."
"Ya abang. Mia memang dah lama lupakan Faris, but hari tu dia nak minta maaf. I have no choice. I dont want to live unpeaceful. "
"Ya abang faham. Just forget the past." Bibirnya mula mencari sasaran. 


 "So..do I get to claim my grand prizes? Sayang dah janji kan kalau abang cerita" Suara seksi garau nya berbisik di telinga. Aku jadi takut. Dalam pelukannya aku jadi ragu-ragu pula tentang malam ni. Sendiri bertanya di dalam kepala. Tangan kiri Zhafran kini sudah berada di pinggang. Tangan kanan dia membelek rambut ku lantas menyelak helaian rambut yang sedikit menutupi muka. Aku gelabah. Nafas ku sudah tidak normal turun naiknya. Sesaat.. dua saat aku dia terpaku. Sampailah aku rasa bulu roma aku menegak ketakutan dan cemas apabila tangan Zhafran perlahan menarik tali bathrobe yang diikat.
"Arrgggghhhhhhh!!!"Aku terus melompat turun dari katil dan mengangkat 2 belah tangan tanda berhenti.


"Woah..woah..woah...no. No." Tanganku tangkas memegang bathrobe bagi menutup badan dari terdedah.
"Laa...kenapa..? I though you're ready. Bukan tu ke sebab Mia ready macam ni?" Zhafran masih bersila di atas katil. Muka hairan dan sedikit kecewa.
"Ermm..I though I am...tapi...errmm.."
"So..?"
"So...ermm.." Muka ku gelisah. Masih lagi ragu-ragu
Zhafran turun dari katil mengampiri aku yang masih tunduk takut, ragu-ragu, serba tak kena. Badan ku sedikit terundur ke belakang mahu mengelak tapi sempat dicapai masuk dalam rangkulan Zhafran. Tangan aku sengaja dipegang dan digantung ke lehernya. Dagu aku dipegang sedikit dan muka diangkat memandang Zhafran. Lembut tangan suamiku mengusap pipi dan bahuku. Aku semakin jatuh cinta. Perasaan takut dan ragu ragu mula hilang perlahan demi perlahan. Perasaan cinta mula mengaburi segalanya.
"There's always first for everything sayang..."
Kali ni bathrobe berjaya dilucutkan, tak sempat diselamatkan.


Aku yakin aku telah jatuh cinta. Pada dia suamiku. Bukan pada malam ini tetapi sejak malam kami bernikah lagi. Hanya dia yang tidak mengetahui. 
Kini kisah cinta kami sudah bersatu. Aku bahagia. Sangat bahagia. Yes, there is always first for everything. I love you Mukrammin Zhafran.



THE END

Saturday 9 August 2014

Just Get Married!


Sory Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Sy pinjam gambar awak. Both of you are too sweet to be ignored. Hehe




Comel kan gambar kat atas tu. Seronoknya kahwin. Tapi, bukan senang nak dirikan masjid kan? Pandangan aku tentang perkahwinan is ia sangat indah. Tapi bila lihat pada isi rumahtangga tersebut, aku tak rasa ia indah lansung. Mungkin perkahwinan itu indah apabila pasangan lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain. Tak kesah laa dari senang fizikal mahupun mental. Atau senang cerita zahir batin laa. Haa. Banyak sangat contoh depan mata sampai aku sendiri takut nak lalui. Haha. Macam awal sangat je fikir pasal ni. Aku baru 20 tahun. Tapi orang dulu dulu tu umur belasan lagi dah kahwin kan? So tak kesah laa. Hari ini aku nak cerita tentang lelaki idaman aku. Lelaki yang aku ingin jadikan pilihan sebagai suami aku.


1. Lelaki. 
2. Beragama
3. Baik paras rupa.
4. Romantik.
5. Pandai berenang.
6. Sador
7. Bertanggungjawab
8. Penyayang
9. Protective
10. Berpendirian.

 Pandangan aku tentang lelaki idaman atau ciri ciri lelaki idaman aku. Pertama sekali. Mestilah seorang lelaki. Hahah. Lelaki laa kan sebab aku bukan biseksual ataupun lesbian. Hihi. Yang kedua, mestilah beriman atau dalam erti kata lain dapat bawa ake ke jalan yang benar. Betulkan aku yang tak berapa nak tegak ni. Hehe. 


Ketiga mestilah seorang yang baik paras rupa. Taknak laah yang hensem hemsem sangat. Takut susah nak jaga. Cukuplah kalau dia seorang yang manis. Comel pon takpe. Ecece. Asalkan sedap mata memandang diriku yang serba tak sempurna ni. Kalau dapat yang macam Sharnaaz Ahmad pun best jugak. Kihkih. Lecturer aku pernah pesan yang carilah hubby yang tak hensem. It much better. Better bila kau tak payah nak fikir siapa yang akan rampas dia dan sebagainya. And he gonna be all yours. 


Haa. Apa lagi. Aku nak lelaki yang romantik. Romantik bila dengan aku je. Takpayah nak tunjuk kat orang ramai yang dia romantik. Hehe. Takpayah nak surprise birthday party ke bagi jewels yang bebanyak. Cukuplah kalau dia ada disisi aku dalam susah dan senang. Tapi kalau dapat tu mungkin rezeki aku kan. Siapa tahu. Hihi. 

Next. Dia mesti pandai berenang. And kenapa tu ada dalam pilihan aku sebab aku tak pandai berenang. Hehe. So. In case kami pergi bercuti. Something happened unwillingly macam aku lemas dan sebagainya. Aku ada dia untuk selamatkan aku. Baik punya rancangan kan. 


Dia juga mestilah sador. Yang jaga badan. Takyah nak ketul ketul sangat. Six packs ke apa. Baru best kalau nak peluk(yang dah kahwin je okay). Yang paling penting. Cukup bila dia ada untuk selamat kan aku and aku selamat berada di sisi dia. 


Bertanggungjawab. Tak ramai ang ada sikap ni. Sebab tu laa kadang kadang marriage doesnt work. Wujud ke diorang? Aku percaya yang setiap lelaki dikurniakan sikap tanggungjawab but mungkin sikap tu belum datang naturally kan. Siapa tahu. So bertanggungjawab ialah ciri ciri lelaki yang wajib diambil menjadi suami. 


Penyayang. Nak jadi penyayang bukan senang. Tengok kes kes sekarang pun takut. Kalau ibu bapa pun sanggup ditendang. Dipijak. Dibunuh. Apatah lagi binatang secomel kucing. Aku harapkan si dia yang akan menyayangi aku, anak anak aku dan kedua ibu bapa aku seolah olah mereka adalah sebahagian daripada dirinya. 

Aku juga nak seseorang lelaki yang protective. Punya sikap melindungi tak kesah laa dari segi apa. Not that overprotective. Yang tu menakutkan. Hehe. Last but not list is berpendirian. Haa tu yang paling penting. Gila tak penting. Silap silap kalau dia tak berpendirian mahunya lepas kahwin kena tinggal. Astagfirullah.


Setakat ni itu sajalah yang aku ingin kongsi tentang diri aku dan keinginan aku. Thanks to those yang baca. Ini hanyalah nukilan peribadi. So. Jangan cari alasan jika ciri ciri lelaki idaman anda tlah dijumpai. Kahwin adalah jalan penyelesaian. Kalau tak melepas. Hihi.



THE END








Thursday 7 August 2014

CERPEN- Pelengkap Hidupku.



"Nina, kamu tak mahu kahwin ke? Berapa lama lagi mama nak dapat cucu kalau kamu masih bujang macam nie. Umur pon dah mencecah 27 kan hujung bulan nie?". Terkebil kebil mata aku mencernakan apa yang dikatakan mama kepada aku. 
"Ma, kan Nina dah cakap. Soal jodoh nie biar Nina yang uruskan, mama jangan risau, sampai mase nanti, Nina akan kahwin juga. Mase tu ma minta laa berapa ramai cucu yang mama nak okay? Nina comfirm boleh bagi". Aku menyengih selamba. 
Mama mula menjeling apabila melihat reaksi aku. 
"Haa, menjawab je kerjanya kan. Haihh, ape laa nasib mama dapat anak perempuan macam kamu".  


Mama nie tak habis habis tanye bilanak kahwin. Bosan pulak hari hari menjawab persoalan yang sama. Tua sangat ke aku? Bagi wanita yang punya kerjaya seperti aku, umur 27 tahun bukanlah penamat bagi hidup aku. Kerja aku sebagai executive account sangat tidak memberi aku peluang untuk bersosial lansung. Jika ada hari cuti pun akan ku penuhi dengan rehat atau lebih tepat lagi tidur. Hehe.   


"Haa, balik pun anak saya tu kak. Sekejap ye kak". Perlahan sahaja suara mama aku dengar. Mama mungkin sedang melayan tetamu. Aku lihat mama menghampiri aku dengan penuh senyuman. Senyuman bahagia aku kira. Lain macam je mama nie. Benak aku mula memikirkan yang bukan bukan.  


"Amboi maa, lebarnye senyum, ade apa apa ke?" Soalku dengan penuh tanda tanya. "Takde ape laa. Tapi mama ade berita yg sangat gembira. Dah, pegi masuk salam dengan aunty Fiza tu. Die tu kawan lama mama". Ujar mama lalu masuk seiring bersama aku.  


"Apa khabar aunty? Sihat? "
"Alhamdullilah, makin cantik kamu sekarang ya? Dulu masa kecik2 hingus pon meleleh lagi kan Miza, boleh buat menantu ni. Sesuai laa dengan Faiz tu".  Pujian aunty Fiza terima dengan senyuman. 

"Ma, aunty. Nina naik dulu yaa, nak berehat sekejap". Pintaku. 
"Ya sayang. Pergilah". 

Aku mula mendengar suara mama dan auty Fiza semakin rancak mmbicarakan tentang tema perkahwinan. Mama nak kahwin lagi ke? Ke aunty Fiza. Haih selisih. Hahaha


"Yaa ma. Ade apa? Kejap2 Nina turun nie". Ujar aku sambil berlari anak turun tangga. 
"Hehh budak nie, dah nak kahwin pon perangai masih budak2". 
"Kahwin?". Aku sangat terkejut. Boyfriend pon takde. Hihi. "Mama nie macam2 laa, ade ape maa? Nina nak sambung tidur nie." Hehe.  
 "Aunty Fiza dah pinang Nina utk Faiz dan mama terima. Mama taknak sebarang alasan dan weding Nina akan berlansung selang lagi 3 bulan. Nina akan tunang dan nikah pada hari yang sama, macam mane? Setuju?"
"Nina boleh kata tidak ke mama? "
"Nina rasa? Mama taknak Nina keseorangan".
"Kalau itu kata mama, Nina terima,  tetapi sebab Nina sayangkan mama, mama laa segalanya buat Nina". 
"Terima kasih sayang". 



Penat lelah badan aku apabila seharian melayan tetamu bersama Encik suami. Suami? Macam pelik sahaja apabila aku yang dulu single mingle tetiba mempunyai seseorang disisi. Hehe. Seorang yang bernama suami. Seorang yang aku harus hormati selepas Allah dan Rasul. Seseorang yang harus membimbing aku untuk ke syurgaNya. Ya Allah. Kau kuatkanlah aku menerima ketentuan ini.  Badan yang masih berbalut pakaian pengantin berwarna pink pastle aku hempaskan ke atas katil dengan penuh perasaan. 
"Penat sangat ke?" Sahut  suara yang pertama kali aku dengar sewaktu akad tadi. 

Aku tidak tahu membuat reaksi yang bagaimana. "Errr. Penat laa jugak.  Awak. Hmm.  Awak nak tukar baju? Ni da masuk asar , saya siapkan baju awak."
Soalku kepada En suami lalu dan tanpa menunggu jawapan dia aku hampiri almari dan terus keluarkan pakaian Faiz. "Awak, nah baju". 
Faiz mula membelek seluar slack dan tshirt polo yang aku pilih. 

"Kenapa?"
"Mana boxer saya?"

Boxer? Peluh sejuk mula merinik. Haihh. Mane pulak aku letak ni. Semalam masa lepas nikah bukan ke aku dah kemas. Ah sudah. 



"Kejap eh awk. Saya cari".  
Aku mula menyelongkar almari dan tanpa sedar Faiz menghampiri aku daripada belakang. Pintu almari yang terbuka dihadapan aku membolehkan dia mencapai seluar 'kecik'  dia dengan mudah. Dalam aku tak sedar, badan Faiz bersentuhan dengan belakang badan aku. Dia berhenti seketika di belakang aku sehingga aku dapat merasakan halus hembusan nafasnya di telinga kananku. Kami berkeadaan begitu hampir sepuluh saat. Bulu roma aku menegak. Aku terkaku sehingga aku dengar pintu bilik mandi tertutup. 
Lantas aku mengurut dadaku yang berentak kencang. Bikin saspens betul laa die nie. 




Minggu berlalu tanpa aku sedari yang aku telah berkahwin hampir 2 minggu. Tiada apa yang berlaku antara kami. Kisah cinta mahupun asmara. Aku dan Faiz meneruskan kerja kami tanpa sebarang masalah. Tanggungjawab aku sebagai isteri masih aku lakukan. Sediakan pakaian, makanan dan keperluan nya aku turuti. Tapi bukan keperluan yang satu itu. Aku merasa selamat apabila Faiz sendiri tidak pernah meminta aku melayannya sebagai isteri.  Mungkin dia tahu yang aku masih belum bersedia. 

Keadaan rumah banglo yang aku huni bersama Faiz sangat sunyi apabila hanya aku tinggal bersendirian. Aku pindah ke rumah ini selepas seminggu kami berkahwin. Yang paling seronok ialah aku dapat menghias rumah dengan citarasa aku sendiri apabila Faiz memberi sepenuh kepercayaan kepada aku. Hasilnya, aku mendapat pujian dari aunty Fiza. Oopss, mummy Fiza sekarang. Hehe. Faiz ni pon satu, hari ahad pon nak keluar. Apa la salahnya temankan aku kat rumah. Boleh rapatkan hubungan suami isteri sikit. Hehe. 


Ringtone dari lagu ungu tercipta untukku berbunyi. Tak lain tak bukan Faiz laa tu. "Assalamualaikum Nina, malam nie mummy nak datang rumah. And she gonna stay a whole week kat rumah kita. So how?"
"What! Seminggu. Lamanya. Bila mummy sampai?"
"I am not sure, tapi saya rasa dalam tengahari because she said that she would like to have lunch with us."
"Saya harap awak boleh balik awal. Saya takut"
"I am on my way". 
Aku mengucap kelegaan. Haih. Dah laa bilik lain lain. Nak kena kemas ni. 

Mummy tiba selang sejam selepas Faiz pulang kerumah. Barang barang mummy Faiz letakkan di bilik aku sementelah rumah tetsebut hanya 3 bilik. Lupa aku nak beritahu yang sebelum ini aku dan Faiz tidur berasingan. Macam mana la aku nak tunaikan permintaan mama yang satu itu kalau tidur pon asing. Maaf ya mama. Hehe. Kami menjamu selera selang dengan berbual bual.    Usai makan mummy berehat. 


Untuk makan malam aku sediakan paprik ayam, telur dadar dan sayur khailan ikan masin. Sedang asyik memotong oren untuk pencuci mulut aku terkejut apabila tubuhku dipeluk daripada belakang. Faiz merampas lembut pisau dari aku dan terus memotong oren dalam posisi tersebut. Bulu roma aku menegak. Aura wangian yang dipakai oleh Faiz semerbak dan aku sedut dalam dalam. Meresap masuk ke dalam jiwaku sehingga aku memejamkan mata merasainya. Tidak pernah diri ini dilakukan sebegitu. Aku terkejut namun aku tidak mengelak. Belakang badanku melekat  pada dada Faiz. Tapi aneh. Kuat dan laju dengupan jantung Faiz. 


Semakin lama aku rasakan yang tangan Faiz mula memeluk pinggangku. Aku dapat rasakan yang bahuku di kucup lembut perlahan dan bibirnya mula bergerak ke telingaku. Nafas halus Faiz mula berubah rentak menjadi kuat di pendengaranku. Aku khayal sehinggalah "Ehem!". 


"Eh mummy! Awalnya mumy turun" soal Faiz cepat. Pelukan yang erat tadi lantas dilepaskan. Pipiku dikucup sekilas dan senyuman yang aku kira ikhlas dihadiahkan kepada aku. 
"Mummy, jemput duduk. Makanan Nina da siapkan ni. Harap mummy makan ya". 
"Mummy makan laa Nina, jangan risau. Tolak batu kayu je". Aku menyambut jawapan mummy dengan ketawa. 
"Aik Faiz, senyap je. Marah ke mummy ke sayang". "Eh kenapa pulak Aiz nak marah mummy?" Soal Faiz pelik. "Yelaa, kan mummy bantukan hasratkan kamu tadi, ye tak Nina". Ketawa mummy. 

Aku tersedak. Darah merah mula menyerbu ke muka. Terasa belakangku diusap lembut dan segelas air anggur dihulur kepadaku. Aku sambut dengan rakus. "Mummy, tak mau laa macam tu. Malu Nina tau." 

"Alaa apa salahnya, bukan dosa pon kan. Dapat pahala tau layan suami ni. Haa bila kamu berdua nak bagi mummy cucu nie, mummy bosan laa. Dahla arwah daddy dah tinggalkan mummy." 
"Ada rezeki adalah mummy", jawab suamiku. 

Aku lihat raut wajah suamiku mula berubah keruh. Aku lihat Faiz mengusap tangan mummy lembut. 

Makan malam berlalu dengan keadaan yang suram. Aku memulihkan kembali mood mummy dengan menghidangkan puding custard buatanku.  


"Mii, jum minum teh dulu sebelum tidur. Penat taw Nina buad tapi mummy tak rasa lg. Abang," Faiz terkedu, "Jum makan sekali. Nina hidangkan kejap lagi, abang dengan mummy duduk depan dulu okay. 

"Takpelaa, abang tolong sayang. Nak abang buad ape nie sayang?"
Aku terkedu. Abang? Sayang? Ohh lupa. Mummy kan ade. Kau jangan perasan laa Nina, dia takkan sayang kau. 
"Sayang?"
Aku menoleh kebelakang, mummy sudah menuju ke ruang hadapan. Macam pelik je. Kan mummy takde? Ahh biarlaah dia. 

"Sayang. Menung pulak dia. Abang panggil ni."
"Awak, okay tak?"
"Kenapa sayang tanya? Abang okay je laa. Sayang ni." Jawab Faiz sambil memegang kedua belah pipiku. Dia mula menatap mataku. Aku tewas. Pandangan mata aku larikan. 
"Ada apa dengan abang sayang ni? Kalau depan mummy takpe, nie mummy kat depan kan, takyah laa belakon lagi. Awak nie. Kelakar laa." Ketawaku perlahan. 
"Ikut sayanglaa. Abang cakap betul. Dah abang kedepan dulu."


Aku terkedu sekali lagi apabila dengan tiba tiba Faiz mengucup dahiku seperti kami memang menyayangi sebelum pergi kedepan bersama mummy. Aku tak suka dipermainkan. Tolong jangan kata yang kau sayang aku. Tapi kalau akhirnya kau akan tinggalkan aku. Tolong jangan bagi harapan yang tak pasti pada aku. Tolonglaa. 


"Nina."
"Ya mummy, Nina datang nie."  


"Sayang."
Aku merasa seperti bahuku digerak perlahan. Nafas lembut menyentuh mukaku. Aku rasa terganggu. Lantas tersedar. 
"Awak. Kenapa nie? Mummy mane? Dah naik ke? Kenapa awak tak tidur lagi nie?"
"Sayang! Abang cium karang baru tahu. Banyak betul soalan. Comel betul." Gelak Faiz kuat.


Aku yang terkejut segera menekup mulut Faiz. "Awak nie, karang mummy sedar pulak".

Faiz merenungku tanpa henti. Tajam pandangan nya menyedarkan aku dimana letaknya tanganku tadi. 
"Oops, sorry" hehe. 
"Takpe. Sayang. Jum tidur. Abang mengantuk laa. Letih sangat hari ni."
"Kejap, Nina kemas pinggan ni dulu. Awak naik dulu okay. Nanti saya datang."
"Meh abang tolong sayang, cepat sikit."


Aku semakin pelik akan tingkah laku suamiku. Lain macam je dia nie. Dulu bukan main senyap dengan aku. Cakap pon nak tak nak. Alih alih sayang abang. Macam tak percaya je. Aku tidak dapat menafikan yang sedikit demi sedikit aku mula jatuh hati atas keperihatinan  dan sikap bertanggungjawab dia terhadap mummy. Dia seorang anak yang baik. Layakkah aku sebagai isteri dia. Kerja dia pun aku tak peduli. Yang aku tahu dia kerja dengan Air and Gas. Umur dia pon lebih 3 tahun dari aku. Hmm. Nanti nanti laa aku korek. Lamunanku terhenti apabila tiba tiba bayangan seseorang muncul di sebelahku.

"Sayang".
"Hmm"
"Tak sejuk ke tunggu abang kat luar nie. Dengan nyamuk segala kat balkoni nie: Cuba tunggu kat dalam. Haa atas katil ke. Baru best. Boleh peluk cenggini." Lantas tubuhku dipeluk geram. Kejap sehingga aku mula lemas.

"Awak!"
"Ya sayang. Kenapa? Rindu abang?" Gelakkan Faiz kuat. 
Aku terus mencubit perutnya geram. Haa lepas pun. Mencicit aku lari kedalam bilik. Degupan jantung aku mula berentak bahagia. 

Malam itu aku dan Faiz tidur buat pertama kalinya bersama sama di atas katil. Aku tidak sampai hati untuk biarkan dia tidur di atas sofa padahal ini biliknya. Kami tidur bersama. Tapi dengan syarat. Bantal golek mestilah menjadi penghadang. Bijak tak aku! Hehe. Dia berjanji untuk tidak mengapa apakan aku. Atau atas erti kata lain hubungan kami yang satu itu. Dengkuran halus dari Faiz aku dengar. Haih. Suami aku pon dah hanyut. Aku mengkalih badan ku mengiring ke kanan dan aku menghadap wajah Faiz. Wajahnya yang sedang tidur tenang bagai bayi. Ini adalah kali pertama aku tatao wajahnya secara berdepan. Hensem jugak laki aku nie ya. Bertuah kau Nina. Satu persatu bahagian muka Faiz aku perhatikan. Alis matanya yang tajam. Bulu mata pun panjang. Hidungnya yang mancung. Dan bibirnya yang merah menandakan yang dia tidak merokok. Keningnya yang sedikit tebal sesuai menyempurnakan wajah Faiz. Tidur suamiku terganggu apabila tanpa sedar aku telah menyentuh rambutnya dan mengusapnya perlahan. Bunyi keluhan perlahan  keluar dari bibirnya seolah olah tidurnya yang tenang terganggu.  Aku pantas mengalihkan tanganku dan berpura-pura tidur. Tidak lama kemudian aku dengkuran halus mula kedengaran. Ah selamat aku. Hehe. Saya harap awak tak main mainkan saya. Akhirnya,  aku ketiduran sambil menatap wajah tenang suamiku Faiz. 


"Arghhhh!" 
"Eh sayang, kenapa ni?" Soal suamiku sambil mengosok mata. Terpisat pisat die melihatku. Matanya yang kecil memerhatikan aku dengan pelik. Dahinya yang berkerut menunjukkan yang dia risau akan aku.
"Petir. Saya takut." Badanku mengigil halus. Selimut aku peluk ketat. Erat bagai ia dapat menutupi segala ketakutan dan keresahan aku.
"Ohh. Abang ingat ape tadi. Meh sini. Sayang takut ya."
Faiz mengalihkan bantal peluk diantara kami dan mula bergerak perlahan kepadaku. Tubuhku dipeluk kemas. Perlahan lahan rasa hangat mula menjalar di segenap tubuhku. Hangat badannya membuatkan aku kembali tenang. Tangannya diletakkan di pinggangku erat bagai aku ini bantal peluknya. Tubuhku ditepuk perlahan lahan seperti dia sedang menidurkan seorang bayi. "Shhh, tidur ya. Abang ada ni. Sayang takkan apa apa". Aku yang pada awalnya ketakutan mula lega. Kantuk kembali hadir. Lenaku cepat sahaja muncul apabila keadaan selesa dan menyenangkan. Berada dalam pelukan Faiz membuatkan aku rasa sangat selamat. Selamat dalam dakapan seorang insan yang bernama suami. 



Rutin harian ku berjalan seperti biasa. Siangku di tempat kerja. Malam ku di rumah. Semenjak mummy tinggal bersama kami. Aku dan Faiz pulang lebih awal. Sikapnya terhadapku lebih baik dan romantis dan aksi aksi nakalnya membuatkan aku jatuh hati. Yaa, aku memang sudah jaruh hati padanya. Teringat pula aku tentang malam peristiwa hari tu. Pagi itu aku tersedar dalam keadaan aku berada dalam dakapan dia. Pelukannya erat sekali. Tidak dapat aku gambarkan betapa aku mula mencintainya. 



*****

"Mesti dia balik lambat, takpe laa. Aku mandi je. Malas pulak nak salin baju dalam tandas. Rimasnya. Dahlaa overtime hari nie. Nasib baik mummy tak bising." Hehe. Perut kenyang hati pun senang. Aku mengomel sendirian. Sambil menyanyi perlahan aku masuk ke dalam bilik mandi. "Best nya mandi takde gangguan". Suaraku. 


Aku keluar bilik mandi sambil menyanyi lirik yang entah apa apa. Bahagia laah katakan. Hehe. Dengan tuala yang separas dada, aku hampiri almari solek. Aku keringkan rambutku dengan menggunakan tuala kecil khas di sisi meja lalu aku sikat. Aku lumurkan losyen di bahagian yang terdedah di tubuhku. "Baru wangi". Ngomelku. Hehe. Sebagai pengakhiran kepada proses aku untuk tidur, aku spraykan minyak wangi kegemaranku Bvulgari pada kedua nadi ku di tangan kanan dan kiri. Di tengkuk dan sedikit di belakang telinga. Rambut ku sanggul tinggi.  Ahh. Selesai 


Jam dinding menunjukkan jam 11 malam. Aku mula menghampiri almari untuk mengambil baju tidur. Kedua dua pintu almari aku buka. Tuala yang hampir terlondeh aku pegang  cepat dengan tangan kiri. Sebelah tanganku lagi memilih pakaian. Tiba tiba bulu romaku menegak. Panas tengkuk ku menerima cumbuan mesra daripada Faiz. "Wangi. Abang suka".
Aku terkaku. Terkedu. Terkejut. 
Lagi sekali tengkukku menerima ciuman dari Faiz. Kali ini lebih lama. Aku dapat rasakan yang nafas Faiz mula berubah rentak. Bibirnya mula mencari telingaku. Satu lagi kucupan ditinggalkan. Aku mengeliat kegelian. Aku tidak dapat mengelak. Kedua dua tangan nya memeluk erat pinggangku. "Awak"
"Hmmm...". Itu sahaja balasannya. Aku kira Faiz semakin asyik. Dengusan nafasnya menunjukkan yang dia mahu lebih dari pelukan dan ciuman daripada aku. Dia membalikan tubuhku. Ubun ubunku dicium lembut. Kedua dua belah mataku dikucup. Bibirnya mula mencari pipiku. Kedua dua pipiku dikucup lembut. Mendamaikan. Aku merasa diriku dihargai. Lama dia merenungku. Aku dapat rasakan bibir merahku diperhatikan lama oleh suamiku. Faiz kembali merenungku seperti meminta izin. Mata nya yang kuyu merenungku membuatkan tubuhku mengigil halus. Adakah ini pengakhiran yang aku mahu. Hubungan yang menjadikan aku isteri dalam erti kata sebenar. Yaa, aku sudah bersedia. 
"Sayang. Izinkan abang."Rayunya. 


Aku meletakkan kedua dua tanganku dipipi nya. Pipinya ku usap perlahan. Aku tutaskan pandangan ku ke segenap wajahnya. Aku nampak sinar cinta dari dalam matanya. Matannya yang penuh mengharap. Tidak sanggup aku untuk menghampa kan si dia. Si dia yang bergelar suami. 
"Abang." Aku tatap wajahnya dengan penuh kasih sayang.
"Sayang... ." Panggilnya dengan mata berkaca kaca. Aku dapat merasakan yang Faiz juga menyayangiku. Aku dibawa ke katil dengan penuh kasih sayang. 

Aku didudukkan di birai katil. Abang mengusap wajahku. Aku lihat mulut abang terkumat kamit membaca sesuatu. Melihat aku semakin tenang, abang mula merapatkan wajahnya ke muka ku.  Ciuman demi ciuman diberikan. Tubuh kami bersatu. Bersatu pada malam pertama kami. Aku mula 
hanyut. Aku hanyut dan pelukan asmara abang. 


****

Terpisat pisat mataku mendengar alarm yang berbunyi nyaring. Lantas aku mencari punca bunyi tersebut. Aku bangun separa badan namun seperti ada yang terlekat di pinggangku. Aku terbaring semula. Faiz? Ehh. Abang. Wajahnya dekat di muka ku. Tenangnya wajahnya bagai bayi. Mukanya berkerut kerut menahan kantuk. Perlahan lahan aku kalihkan tangannya. "Hmmmm..." Meremang bulu romaku mendengar suaranya yang serak. Dia mengeratkan kembali pelukan. "Abang. Bangun. "
"Awal lagi laa sayang. Abang mengantuk sangat nie." Aku mengeliat kegelian apabila wajahnya berada rapat ditelingaku.  Hembusan nafasnya menyentuh telingaku. Beralun alun. Selimut kembali ditarik rapat menutupi kami berdua. "Hmmmmm. Bestnya peluk sayang. You are so huggable"  Aaa. Haih dia nie. Dah laa nak dekat subuh nie. "Sayang..... You turn me on." Suaranya mula berubah sensual. Dia mula menindih tubuhku.  Aku memegang wajahnya cepat. "Abang. Subuh. Kita subuh dulu ya."
Raut wajahnya yang kacak dan bermata kuyu mula berubah cemberut. "Alaaa. Sayang memang kan. Abang nak bagi good morning hug je. Bukan ape pon. Sayang yang fikir bukan bukan ni." Dia mula mengeletek tubuhku. Aku ketawa kegeliaan. 
"Abang! Stop! Nina geli laa. Abangg.  Janganlaaa..."
"Okay okay. Jom solat. Abang mandi dulu okay. Wanna join me? Dia menyoal nakal. 
Aku hanya menyengih malu. Tuala kuhulurkan. Faiz ketawa bahagia. 



*****
"Ya Allah. Andai NurAmanina bidadari ku disyurga nanti, kau tetapkan lah kasih sayang antara kami. Kau kuatkan hati kami berdua. Janganlah kau ciptakan penghalang antara kami. Ya Allah. Jika hubungan kami semalam membuahkan janin,  Kau kurniakanlah kami anak yang soleh dan solehah. Anak anak yang dapat menjadi pejuang kepada Islam dan Kau jadikanlah mereka seorang yang menghormati kedua ibu bapanya. Kau lindungilah kami sekeluarga dari syaitan yang direjam. Hanya mati yang akan memisahkan kasih sayang kami Ya Allah. Amin~

Aku mengaminkan doanya. Air mata menitis perlahan. Air mata kegembiraan aku kira. Aku kucup tangannya. Faiz mengusap ubun ubun ku dan sebuah ciuman buatku dihadiahkan. Kedua belah pipiku dicium. "Nina minta maaf jika selama ini Nina mengabaikan abang. Maafkan Nina." Esakan perlahan mula kedengaran. 
"Nina tak pernah bersalah pun pada abang. Terima kasih sayang. Untuk semalam. Dan hari hari akan datang. Thanks for pleased me. Abang rasa dihargai. Abang sayangkan Nina. Sayang sangat. I love you sayang. From the first time I met you. Cinta kita cinta pandang pertama sayang." Senyumku bermakna. "Nina pun sayangkan abang jugak. Sayang sangat." Lantas pipinya kukucup mesra. Aku akhirnya menjadi isteri. Isteri yang sempurna di sisi suamiku. 


Aku bahagia. Bahagia dengan si dia yang melengkapkan hidupku. Si dia yang bernama suami.  Suamiku Faiz Ridzuan pelengkap hidupku. 






THE END