Thursday 10 March 2016

Puding Karamel!

Kebosanan melanda masa aku cuti mid sem membuatkan aku tak tentu arah. Hahaha ayat dia. Mcm nk karang cerpen. Hihi

Sebenarnya resepi ni aku dpt dr fesbuk. Scroll scroll dpt laa keluar sepiring puding karamel. Sangat mudah dan bahan bahan die mmg ada kat rumah. Tak perlu ke kedai. Okay here we goo!

Puding:
2 keping Roti putih(Roti Gardenia)
3 sudu susu pekat
1 tin susu cair
3 biji Telur gred B
1/2 cawan gula(kurangkan klu tk suka manis)

Karamel:
4-6 sudu gula 
  

Cara cara:
Cairkan gula pasir atas api sederhana siap siap dlm loyang. Jgn sampai hangus.

Letak kat tempat rata supaya gula seimbang. Nanti takde laa toping puding korang tebal tak sekata. Okay ketepikan loyang tu biarkan gula menyejuk dan keras.

Utk bahan bahan puding:
Blend semua bahan td sekali sampai halus. Tapis bahan bahan tersebut utk bagi tekstur puding halus. 



Dah siap! Tuang puding atas loyang td. Then kukus hingga 20-30 minit. 


Biar puding dikukus sampai dpt kaler mcm ni


Okay tu belum masak sepenuhnya. Biar lg 10 mnt dlm periuk kukus. Kukus puding sampai puding masak. Warna puding akan berubah dan bila korg gegar loyang, puding akan gerak sekali and itu maksudnyaa puding dah masak masa tu. Hihi. 


Tips aku: Utk loose kan adunan puding korg. Korg guna teknik double boiler. Bkn sbb ape. Puding ni kan lembut. Jd nak keluarkan dr loyang agak susah sikit. Jadi karamel tu akan mencair sedikit. So senang laa puding nk tanggal dr loyang. Hihi

Okay ni hasilnyaaa! 
Cubaan pertama aku berjaya!
Btw tkboleh nk snap full puding dlm piring  sbb aku dah pecah kan puding aku. Uwaaaaaa


So ni jelaa yg cantik. Hihi. 



Sangat mudah. Selamat Mencuba guys!

Resepi Mudah Popcorn!

Hai guys assalamualaikum!

Mesti ramai yg suka makan popcorn kan. Termasuk aku. Lagi lagi masa tengok movie. Mesti kene ade benda nk ngonyeh. Hihi. Mcm tk caye benda mahal yg kau bayar dkt wayang tu kos die rendah je. Hanya sepaket jagung rm2.20 dengan minyak tk sampai setengah cawan. Sangat berbaloi klu korg buat. Okayyyy here we gooooo! 

Popcorn:
Minyak 2 sudu
Margerin 2 sudu
Jagung sepaket

Flavor:

Karamel : Gula 5-6 sudu dgn mnyak 1 sudu

Sirap: Gula 5-6 sudu dgn mnyak 1 sudu

Coklat: Aku guna Hersyey dgn 2 sudu 
susu pekat tambah dgn minyak 1 sudu.


Cara masak popcorn:
Setiap kali nk masak popcorn. Masukan mnyak dan margerin. Panaskan dlu mnyak. Lepastu masukkan jagung. Pastikan mnyak menengelamkan jagung. Klu tk lambat laa pop pop corn terbentuk. Hihi


Sila guna kuali yg bertutup k guys. Sbb popcorn ni punya lompat agak tinggi. Hihi


Haa yg ni cubaan pertama. Aku guna segengam jagung. Nak tengok jadi ke tak. Hahaha. Yg paling gembira ialah bunyi pop pop jgung tendang tudung periuk. Hahah itu menunjukan popcorn aku menjadi. Okay guys popcorn td tu boleh laa ketepikan dlu semetara kita buat toping die.


Okay setel bab popcorn.

1. Perisa Gula Karemel
Cairkan gula pasir dgn minyak. Sampai jd mcm ni. Cairkan jgn sampai hangus. Nati pahit popcorn chuols. Hihi 


Then tuang semua karamel tu dlm popcorn td. Gaul cepat cepat sbb panas karemel ni boleh buat lecur jari!

Nilaa hasilnyaa

Utk popcorn yg pelbagai flavor. Ulang balik proses masak popcorn ye. 

2. Perisa Sirap
Masukan sirap, Gula dan Margerin. Gaul sampai pekat. 

 Haaa ni popcorn sirap aku. Kaler die tak cantik sbb sirap habes. Hihi

3. Perisa Coklat
Coklat Hersyey, susu pekat dgn margerin. Gaul sampai pekat. Jgn sampai hangus nati pahit. 

Nilaa coklat flavor.


Okay popcorn ni tk nampak cantik jugak. Tp the most sedap aku pernah rasa. Hihi.  Dan flavor ni paling cepat habes. Menjilat jari okay! 

Hmmm selesai jugak popcorn aku. Hope korg boleh cuba kat rumah. Sgt mudah. And aku pon buat cubaan pertama td. Ternyata seluruh isi rumah gembira. Hahhaha. See you soon :*

terima kasih cinta :)