Wednesday, 13 August 2014

CERPEN- There Is Always First For Everything.

There is one time that you dont want to hear anything. Any words. You just want to be one your own. 

Aku rasa semua orang perlukan masa. Sama jugak macam aku. Masa yang akan menentukan sesuatu. Contohnya macam situasi sekarang ni bila aku dipaksa untuk membuat pilihan. Pilihan yang mengembirakan aku ataupun pilihan yang mengembirakan orang tuaku. Arghhh! Stresss nya. Kot ye pun 
nak suruh pilih tu bagi laa masa lebih sikit. Ni tak. Seminggu je? Ibu abah. Ni pilihan nak kahwin tau. Bukan pilih rumah. Uwaaaa.



Antara Khairul Faris dan Mukrammin Zhafran. Siapa yang aku nak kena pilih ni? Lelaki kacak dan bergaya pujaan hati ataupun lelaki kacukan arab yang berlagak tahap tak ingat. The most snobbish person that I ever met. Arghh. Faris or Zhafran? Businessman or engineer?


****
Few days later. 
"Anis Damia. I dont care, you MUST get married with Zhafran, not that who... I cant remember his name". Dengan wajah kemerahan ibu melampiaskan kemarahan. 
"Faris, ibu." Keluhku hampa.




"Ini semua pasal akhbar tu laa. Tak pasal pasal aku tak boleh kahwin dengan Faris. Ibu memang takkan terima dia lagi punya. Tapi. Haih. Takkan laa dia ada perempuan lain. Pegang pegang tangan and peluk then check in hotel. Dia kan sayang aku. Takkan dia sanggup tipu aku lagi. Press ni memang nak seek atenttion betul. Takkan laa CEO Ampire Holding nak buat hal." Gumamku geram. Segera nombor Faris aku dail.

"You! Apa dah jadi ni? Kes apa pulak yang you dah buat? You tahu tak my mum dah tak percaya kat you? How about our marriage? It gonna be over!". Tangisku mula kedengaran. 
"Sayang. Wait! I tak buat apa apa pun. We just had our business lunch at the hotel sayang." Terangnya.
"And what with the hugging and kisses? Haa? I hate you and Im not going to trust you anymore. Our marriage is over!". Aku pantas mematikan talian. Aku menangis teresak esak. Punya laa aku percaya pada kau. Bercinta bertahun tahun, tapi ini yang kau buat kat aku. Aku bencikan kau Khairul Faris!


****
"Awak. Jom sarapan." Suaraku lembut. 
Dia hanya menjelingku dan segera menuju ke pintu. "Awak kejap!" Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Kaki yang tersarung stoking itu berhenti di muka pintu. Dia menyambut huluranku dan tangannya segera ku cium mesra. Dengan lagak tergesa gesa dia melepaskan tanganku dan mula  mencapai kasut lalu memakainya. Pintu rumah dihempas kuat. Aku terkedu. 

"Aikk. Childish! Macam la aku yang nak sangat kahwin dengan dia." Keluhku.
Aku telah berkahwin hampir seminggu. Perangai Mukrammin Zhafran tidak pernah berubah sejak dari pertama kali aku berjumpanya sehinggalah kami berkahwin. Hanya didepan kedua ibu bapa kami si dia berkelakuan mesra. Mesra la sangat! Hipokrit! Ahh benci. Aku fikir fikir pun bukan dapat apa. Baik aku pergi kerja. Sarapan mee hoon yang tidak berusik aku masukkan ke dalam fridge. Esuk boleh panaskan. Hehe

****
Aku menjeling ke luar rumah. Mane dia ni? 
Lambatnya dia balik hari ni? Dah pukul 6.30 pulak tu. Selalunya 5.30 petang dah sampai. Perasaan risau mula bertamu. Tidak lama kemudian bunyi enjin dari kereta Honda Civic mula kedengaran. 
"Haa, sampai pun. Alhamdullilah." Luahku lega. 

Aku segera menuju ke ruangan hadapan. Aku menyambut suamiku mesra. "Awak. Lambatnya balik harini? Jalan jem ke? Banyak kerja ya?" Sambil tangan mula mencapai tangannya. Rutin harian sejak aku bergelar isteri. Aku sudah nekad untuk melupakan Faris. Zhafran adalah suamiku. Lantaklah dia nak fikir apa. Janji aku dah jalankan tanggungjawab aku. Aku akan buat dia  jatuh cinta dengan aku. Tekadku. Hehe
"Berapa lama you nak salam ni?" Soalnya kerek. Muka nya yang beriak masam ku tenung penuh minat. Ya Allah, handsome nya hubby aku. Dah laa muka kemerahan. Bibir pink. OMG! Melting nya. Hehe. Matanya tiba tiba membulat dan tangan ku dilepaskan dengan kasar. 
"Tah apa apa perempuan nie. Tengok muka aku macam nak telan. Hensem sangat agaknyya." Dia menuju ke dalam rumah sambil bersiul perlahan dengan ekoran mata memandang ku sinis.

Arghhh! Kenapa lah aku boleh tenung muka dia tadi. Tak pasal pasal dia dah perasan. Aku perlahan memegang dada melegakan degupan yang berentak tidak keruan. Baru tengok muka dah berdegup semacam. Ni kalau bercinta tak tahulah. "Eii selisih. Tak nak aku."


Aku mengetuk pintu bilik Zhafran perlahan. Ketukan aku kuatkan apabila tiada balasan daripada Zhafran. "Saja lah tu taknak bukak." Gumamku.  Tombol pintu aku pulas akibat tidak tahan menunggu. "Dah agak dah." Aku yang hanya melihat kepala Zhafran bila pintu terbuka mula mahu membebel. "Awak...." Mataku tiba tiba membesar. Rupa rupanya dia baru keluar daripada bilik mandi. Mataku mula meneroka ciptaan Tuhan di hadapan mata. Rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala kecil. Kepalanya dipusingkan kiri dan kanan untuk mengeringkan rambut. Air daripada rambutnya menitis perlahan ke bahu. Mata sempat singgah melihat badanya yang berotot. Aww. Seksinya. Tubuhnya yang hanya berbalut tuala memandang aku dengan hairan. "You nak apa?. 
"Saa...saya nak ajak awak diner." Ahh malunya. Lagi sekali. Kenapa la ralit sangat tenung dia. Dengan Faris dulu tak macam ni pun. Perlahan aku ketuk kepala seolah menyesal. "Aduh."


"Ehh you kenapa. Gila?"
"Apa? Gila? Awak la gila. Saya nak ajak awak makan pun kata saya gila."Marahku. Wajahku mula berubah kelat. Menyesal kerana memujinya dalam diam. 
"Yelah. Masuk bilik I then tenung I bagai nak telan and sudenly you ketuk kepala. Tak ke gila." Ketawa sinis Zhafran kedengaran. Hatiku mula membengkak geram. "Tahu la I hensem. Tapi jangan tunjuk sangat. Jatuh saham U nanti." Sambung nya perlahan dengan ketawa sinis. Perlahan dia menuju ke almari untuk mengambil pakaian. Aku menapak keluar. "Jangan lupa turun, saya dah masak." Pintu bilik ku hempas kuat tanda geram. Ketawa besar dari Zhafran kedengaran. "Eiii geramnya." Aku menghentak kaki lalu turun ke dapur. Orang baru nak mesra mesra. Dia kata kita gila pulak. 




****
Hari demi hari berlalu. Aku mula merasakan yang diriku tidak diperlukan. Aku mula putus asa. Aku terdengar perbualan mesra Zhafran dengan kekasihnya.  Bodoh nya aku. Kau ingat dia akan jatuh cinta dengan kau ke? Tak mungkin laa. Gilfriend dia mesti lagi cantik. Sebab tu dia tak layan kau. 

 
"You. Mana sarapan?" Soalnya.
"You mana pernah sarapan kat rumah. So I ingat you taknak breakfast. Sory. I tak buat." Jawabku dengan lagak bosan.
"Tak buat? Macam ni you kate you dah jalankan tanggungjawab you? Belum I minta yang lain lagi. Huh!." Jawabnya sambil berlalu pergi. 
Baru sehari aku tak buat sarapan dia dah mengungkit. Yang selama ni aku buat tak pernah nak jamah pulak. Arggh. Balik balik guna kuasa veto dia. Tulah kelebihan suami agaknya. Aku pantas bersiap untuk ketempat kerja. 


Lewat tengahari aku mendapat panggilan daripada Khairul Faris. Dia ingin menjelaskan segalanya dan meminta maaf kepadaku. Aku terima pelawaannya dengan hati yang walang. 
"You nak apa ni Faris?" 
"Im sorry for what I have done to you. Everything." Pintanya. "I tak sangka everything that we planned turn out to be a disaster."
"Disaster you kate? You penyebabnya. You tak sedar ke?" Marahku. Pantangku apabila kesalahan sendiri dijadikan sebagai alasan. Faris mula mencapai tanganku yang berada di atas meja. Dan pada masa yang sama mataku terpandang akan wajah bengis seseorang yang berada bertentangan dengan ku. Aku terkedu. Dia?


****
Aku pulang ke rumah seperti biasa. Yang pelik nya apabila aku lihat kereta Zhafran terletak elok di garaj. Awalnya dia balik. Kalau tak kemain lambat balik. Gumamku. Aku masuk ke rumah dan aku lihat televisyen terpasang. Zhafran kelihatan fokus dihadapan tv. Aku berlalu ke bilik. Tiba tiba suara dari tv terpadam. "Seronok keluar dating?"
"Dating?" Soalku pelik. Ohh Faris. 
"Yup. No wonder dah tak nak buat kerja rumah lagi. Dah ada boyfriend kat luar rupanya. I thought you perempuan baik. Setia. But you. Pegang pegang tangan. Nonsense!"
"Apa hak you nak marah marah I? Tak boleh ke you tanye dulu and jangan nak menghukum orang sesuka hati. Ada ke I sentuh dia? I dont even touch him." Pertahanku. Air mata mula bertakung. 
"You cakap I macam macam. But then You tak ingat apa yang you buat belakang I. At least I takde hukum you tanpa bertanya." Luahku puas.

"Me? What about me? Apa yang I buad belakang you. Tell me?" Keningnya bertaut menunjukkan yang dia tidak memahami patah perkataanku.
"Tak tahu ke atau buat buat tak tahu? Let me tell you. I senyap je bila you oncall sayangsayang dengan perempuan mane entah and hari tu I nampak you dengan perempuan rambut perang dekat The Bean. Itu bukan you ke?" Aku tatap mata berwarna hazel dalam. Air mata mula menitis menunjukkan yang aku sudah lama bersabar. Penat bersabar untuk menunggu sesuatu yang tak pasti. 

"Mia, I.." Dia terkedu. 
"Dah laa. Saya penat. I dont want to know. Saya naik dulu."

Aku terkedu. Jantungku berdegup kencang. Erat sekali pelukannya. "Sayang. I am sorry. I sorry for hidding it from you. She was my best friend. And now dia dah balik overseas. We use to call each other like that. Im sorry that I hurt you." Aku merasakan yang pelukannya semakin kemas. Bahuku terasa panas menerima ciuman dari nya. "Im sorry sayang. So sorry."

Perlahan pelukannya aku rungkai. "Err.... Saya naik dulu." Luahku seakan terkelu. Aku naik ke bilik sambil mengurut dada. Pelik semacam je dia ni. Tak pernah pernah sayang aku. Alih alih sayang. Alhamdullilah ya Allah. Kau telah perkenankan doaku. 




Selang beberapa hari, aku semakin yakin dengan keputusan ku sementelah Zhafran semakin kerap mengucapkan kata cinta. Untuk mengeratkan lagi hubungan kami, aku dan Zhafran telah bergabung bilik.  Kami berkongsi segalanya. Bilik, Katil dan bilik mandi. But not that one. Hehe. Aku masih belum bersedia. Panggilan kepada nya telah aku tukar kepada panggilan yang selayaknya. 


Potret wajah di tengah bilik kami aku tatap dalam senyuman. Kami yang berbaju biru terqoise semasa bersanding nampak sangat bahagia. Macam pinang dibelah dua. Ketawa ku perlahan. Mana dia ni? Lambatnye. Teringin pulak nak try baju tidur nie. Mesti comel kalau aku pakai. Hehe. Aku pantas ke bilik mandi. Aku sarungkan baju tidur. 
"Aww. Seksinya. Kalau dia tengok mesti tergoda." Ketawaku perlahan. Aku memakai bathrobe diluar lantas aku keluar bilik mandi segera. "Dia lambat balik rasanya. Baring kejap la." Aku berbaring sambil membaca majalah Wanita. 



"Sayang. Bangun." Aku terpisat pisat menggosok mata. "Abang. Eh kenapa abang ada kat sini." 
"Sayang ni comel laa. Sayang tertidur . Penat ya?" Soalnya perihatin. Pipiku diusap perlahan. Satu ciuman diberikan. Aku hanya tersenyum bahagia. 


Dia mula mengambil tempat di sebelah ku. "Abang. Mia nak tanya." 
"Hmm." Balasnya 
"Kenapa abang boo layan Mia sebelum ini. Iye iye laa Mia masak macam macam. Siap ngurat abang. Abang langsung tak layan. Geram taw." Lantas perut lembutnya kucubit geram. 
"Haha. Mia sayang. Abang buat macam tu sebab abang takut jatuh cinta. Abang takut sayang tak layan cinta abang. Sebab tu abang abaikan Mia. And, Abang pernah rasa sakitnya ditinggalkan. Abang harap Mia faham." Balasnya sambil mukanya menunduk ke bawah. "Jadi abang memang sayang Mia laa?" Soalku dengan mata yang bersinar bahagia.
"Ya sayang. So much. Nothing can describe how I love you so much. Deep down in my heart. Abang dah lupakan kisah lama abang. And I hope you do the same."
"Ya abang. Mia memang dah lama lupakan Faris, but hari tu dia nak minta maaf. I have no choice. I dont want to live unpeaceful. "
"Ya abang faham. Just forget the past." Bibirnya mula mencari sasaran. 


 "So..do I get to claim my grand prizes? Sayang dah janji kan kalau abang cerita" Suara seksi garau nya berbisik di telinga. Aku jadi takut. Dalam pelukannya aku jadi ragu-ragu pula tentang malam ni. Sendiri bertanya di dalam kepala. Tangan kiri Zhafran kini sudah berada di pinggang. Tangan kanan dia membelek rambut ku lantas menyelak helaian rambut yang sedikit menutupi muka. Aku gelabah. Nafas ku sudah tidak normal turun naiknya. Sesaat.. dua saat aku dia terpaku. Sampailah aku rasa bulu roma aku menegak ketakutan dan cemas apabila tangan Zhafran perlahan menarik tali bathrobe yang diikat.
"Arrgggghhhhhhh!!!"Aku terus melompat turun dari katil dan mengangkat 2 belah tangan tanda berhenti.


"Woah..woah..woah...no. No." Tanganku tangkas memegang bathrobe bagi menutup badan dari terdedah.
"Laa...kenapa..? I though you're ready. Bukan tu ke sebab Mia ready macam ni?" Zhafran masih bersila di atas katil. Muka hairan dan sedikit kecewa.
"Ermm..I though I am...tapi...errmm.."
"So..?"
"So...ermm.." Muka ku gelisah. Masih lagi ragu-ragu
Zhafran turun dari katil mengampiri aku yang masih tunduk takut, ragu-ragu, serba tak kena. Badan ku sedikit terundur ke belakang mahu mengelak tapi sempat dicapai masuk dalam rangkulan Zhafran. Tangan aku sengaja dipegang dan digantung ke lehernya. Dagu aku dipegang sedikit dan muka diangkat memandang Zhafran. Lembut tangan suamiku mengusap pipi dan bahuku. Aku semakin jatuh cinta. Perasaan takut dan ragu ragu mula hilang perlahan demi perlahan. Perasaan cinta mula mengaburi segalanya.
"There's always first for everything sayang..."
Kali ni bathrobe berjaya dilucutkan, tak sempat diselamatkan.


Aku yakin aku telah jatuh cinta. Pada dia suamiku. Bukan pada malam ini tetapi sejak malam kami bernikah lagi. Hanya dia yang tidak mengetahui. 
Kini kisah cinta kami sudah bersatu. Aku bahagia. Sangat bahagia. Yes, there is always first for everything. I love you Mukrammin Zhafran.



THE END

6 comments:

  1. bestkan kalau boleh tulis cerpen sendiri, good 4 u sis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Hihi seronok bila boleh habeskan satu cerpen. Tenkiu kak☺️

      Delete
  2. Ada part dalam cerpen ni yang ayatnya 100% sama dengan e-novel yang pernah saya baca. Kalau setakat plot yg sama, mungkin kebetulan tapi ni ayat.

    Mungkin pihak sana yang plagiat cerpen awak. Nanti saya bagi link e-novel tu. And saya akan komen dan bagi link blog awak ni juga dekat dia.

    ReplyDelete
  3. Ada part dalam cerpen ni yang ayatnya 100% sama dengan e-novel yang pernah saya baca. Kalau setakat plot yg sama, mungkin kebetulan tapi ni ayat.

    Mungkin pihak sana yang plagiat cerpen awak. Nanti saya bagi link e-novel tu. And saya akan komen dan bagi link blog awak ni juga dekat dia.

    ReplyDelete