Friday 12 February 2016

Janda Baik Pahang Memang Terbaik!

Hai hai assalamualaikum. Entry saya kali ni pasal my short vacay with lovelisss family. Hihi

Memula dpt tau dr mak ayah yg ade family day dekat pahang aku mcm err malas laa bercuti kat Pahang. Ade ape aje kat sane. Itu yang aku fikirkan. Hahah dlm nak taknak tu aku goggle sikit sikit. Cari ape yg menarik sgt kat sana sampai mak ayah eksited sangat. Bila carik carik gali dalam dalam aku nampak banyak yg menarik. NATURE! 

Percutian kali ni aku sgt tereksited sbb aku terpengaruh dgn entry bloger bloger lain. Lawa tempat die. Seriusly. Kredit dkt SetiaKasih Homestay sbb bg family kami service terbaik. Dr penginapan sampai laa ke dapur makan makan. Okay biar aku cerita satu satu. 

Perjalanan dr Segamat ke Pahang mengambil masa dalam 3 jam sahaja. Tp biasalaa klu jalan family besar besar ni berhenti ke toilet yg banyak. Hahahah. Gerak pkul 10 pagi and we arrive dlm pkul 2 pm. Jalan ke sane fuyoooo belit belit siap ade kona L kau. Betul betul mencabar sbb kene drive manual utk naik bukit okayyyy! Okay next, Untuk menjimatkan bajet mak packing lunch. Lauk ayam kicap dgn rendang minang plus sambal totok made in segamat mmg terbaik. Menangis iols makan. Mak mmg terbaik! Hihi



Ni tempat masak dan tempat makan. 
Besar and comfortable

Ni act rumah tuan rumah. Homestay kami kat belakang sikit😁
Gambar tk sempat ambil. 

Okay lepas makan kami exchange baju and solat ape semua. Tuan rumah tunjukkan ape keistimewaan tempat ini. Ade kolam simen  hand made acah acah swimming pool. Ade kolam teratai utk memancing. Ade basikal tuk pusing satu kampung. Ade tempat masak yg paling penting. Sgt cantik sgt menarik. Lepas lepak lepak dlm 1 jam kami tukar baju tuk mandi kolam. Seriusly air sejuk mcm air kolah sbb air die direct dr sungai. Sejuk beku. 

This is kolam handmade! Sejuk oi

Ini kolam  tuk mancing. Sightview pon cantikk. Udara yg sejuk. Nyaman. Mcm kat cameron kot. 

Okay ni aku alaa alaa feminin gitu💕

Bgi makan malam . Kami minimize kan kos dgn masak. Masak simple simple je. Telur dadar rendang minah td kobis goreng pastu buat kueh donat. Okay kenyang! Malam lepak lepak sampai 2 3 pagi beborak dgn sepupu sepapat mak sedar pak sedar sbb lama tak jumpa. Rindu! Hari ni kami tk de aktiviti sbb lebih pada santai malam shj.

Next day! Sarapan pagi and terus mek basikal dgn tak mandinyaa hahahah pergi round satu kg dgn adik adik sepupu. Lepas lunch kami ke Atv punya port. Terbaik jugak sbb aku mane pernah main mende alah tu. 5 round dlm trek yg disediakan dgn harga rm35 bg dewasa. Bg kanak2 rm25 utk 4 round. Mane yg tk pernah try boleh pergi sbb ade teori and praktikal dr peniaga. Hihi. Sgt berbaloi utk mencuba. Pakai baju kaler gelap ye bg girls sbb korg akan mandi lumpur! Hahaha. Next dlm kotor kotor tu teruskan perjalannan ke sungai. Bersihkan ape yg kotor. Masa ni paling best. Rasa close sgt dgn family semua sbb kami dok buat "empangan" sbb nak bagi air makin dlm. Gigih tu masing masing angkat batu bata alihkan ke tengah sungai. Muafakat sgt. Hahahahah sumpah seronok! Balik dr tu. Sambung mandi dekat kolam SetiaKasih. Seronok die takleh kata. Mgkn sbb momen tu yg buat aku seronok. Tekanan dr tempat belajar tempat kerja buat aku rasa yg percutian kali ni adalah escape day untuk aku. Mak ayah anim rindu! Aku mmg manfaatkan betul betul cuti aku kali ni. 



Atv and aku and trek. Lumpur habes cek oiiiii. 

Haaa kat area empangan kami tu ade titian tp atv boleh lalu. Hihi. 


Nilah empangan yg aku cerita. Dgn usaha gigih maka tercipta laa sebuah empangan hand made. Mane tau korg dtg ade lgi. Hihi

Yg tgah kesejukan tu aku laa. Yg sepupu sepupu lain nak swim katenya. ☺️

This is My King and My Quenn!
My only one dunia akhirat. 

Okay lepas mandi kami makan malam. Malam tu lepak lepak sekejap je sbb semua badan lepak abeh! Esuk pagi sarapan selfie dkt kolam then bergerak balik ke Melaka. Aku tamatkan percutian aku dgn minum CoConut Shake Klebang Original and keropok lekor mayo cheese serta putu bambu. Okay kenyang dan aku abadikan memori indah aku dlm ingatan tuk selamannya! 
Haaa tudia coconut shake dgn keropok mayo cheese dgn putu bambu. Laparr

Breathe. Let go. And remind yourself that this very moment is the only one you know you have for sure.


Ni sebahagian dr my big big family. Sayang selalu. 💕

#SetiaKasih
#JandaBaikPahang
#ShortVacation💕

THE END

1 comment: